Girls Bring The Boys Out ! <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/936197110638975064?origin\x3dhttp://cintahatiayla.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Post Profile Tag Linkies Credit

IBU ~ (Cerpen No.1)
Tuesday, 17 April 2012 22:40 | 22:40 | 0 comments














 
 
 
Angin bersepoi sayu, suasana sedih menyelubungi aku. Aku berjalan lemah kearah Ibu yang sedang tidur lena. Aku melutut dihadapan Ibu, ku bayangkan tangan Ibu yang dahulunya lembut sekarang dah berkedut. Air mata aku menitik membasahi dagu. 'Ibu, Wawa sayang Ibu' 
 
'Nama saya Wawa dan saya anak Ibu' waktu itu aku masih lagi berumur 5 tahun dan dengan bangganya aku mengaku aku anak Ibu. Ibu tersenyum manis memandang aku ketika sesi orientasi tadika kemas. 

'Wawa ! Wawa duduk sebelah kawan ya. Tanyalah siapa nama kawan?' aku memandang budak perempuan disebelahku sekilas. Rambutnya panjang bertocang dua.

'Ibu saya tanya siapa nama awak?' Ibu ketawa ketika aku bertanyakan nama budak perempuan itu.
'Nama panjang saya Nasuha, nama pendek saya Suha,' Suha tersenyum ketika memberitahu namanya.
'Mana Ibu awak?' aku melihat Suha datang seorang tanpa Ibu disisinya.
'Ibu? Saya tak ada Ibu, saya ada Mama' aku mengangguk perlahan.
'Jadi... Mama Suha tak teman Suha laa hari ni?' Ibu pulak bertanya.
'Mama Suha sibuk, selalu tak ada masa untuk Suha' Suha membetulkan tocang.
'Tak apa Suha, Ibu ada' Ibu menepuk-nepuk bahu Suha.
'Itu anak patung awak?' aku tertarik dengan BarbieDollnya, Suha memandang lalu ketawa.
'Kenapa awak ketawa?' Suha mengeleng lalu memberikan BarbieDollnya kepada aku.
'Awak boleh pinjam kalau awak suka,' aku ketawa keriangan sambil membelek-belek BarbieDoll Suha.
'Saya pun ada anak patung jugak tapi tak secantik anak patung awak' aku terus membawa keluar anak patung kesayangan aku. Ibu yang membuatnya sendiri, tapi aku cukup sayang. 
'Cantiknya,' Suha memuji sambil memandang anak patung aku.
'Awak perli eh?' Ibu dan Suha ketawa. 
'Betul cantik, saya ikhlas puji. Mana awak beli?' aku memandang Ibu. 
'Ibu yang buatkan,' Suha terkejut.
'Ibu, Suha nak jugak anak patung macam Wawa boleh?' Ibu mengangguk perlahan. Lalu Ibu berbisik kepadaku 'Ibu bangga dengan Wawa'
 
.........................................................................................................................................................
 
'Ibu ! Wawa dah balik' aku meletakkan beg sekolahku diatas sofa lalu melabuhkan punggung dengan keluhan deras. Ibu yang sedang membasuh pinggan hanya mengeleng perlahan. 
 
'Kuatnya mengeluh, terkejut Ibu dengar, ingatkan Hippo comel mana yang mengeluh kat atas sofa ni,' aku tersenyum namun hambar, kepenatan menguasai aku. Malah aku masih lagi termengah.

'Assalamualaikum,' serentak kami berdua menoleh. Suha juga termengah-mengah, aku ketawa dengan kuatnya. Ibu menjeling aku sekilas lantas mulutku terkunci rapat. Suha juga melabuhkan punggung bersebelahan aku. 

'Wawa tak acik, main tipu. Kesian Suha lari sorang-sorang' Suha berpeluk tubuh sambil memuncungkan mulutnya. Ibu membawa dulang berisi air Sarsi dan keropok lekor. Suha masih lagi merajuk, aku duduk memandangnya.

'Suha ! Wawa minta maaf, memang salah Wawa lari laju-laju tadi tinggalkan Suha kat belakang' Ibu mengerutkan dahinya.
 
'WAWA !!!' aku tersengih lalu menceritakan kepada ibu yang kami berdua sebenarnya lumba lari dari sekolah sampai rumah tetapi aku tipu kerana menggunakan jalan pintas tetapi Suha tak tahu. Lalu Ibu menarik telinga aku memberi amaran. Suha tersenyum namun masih membela aku. 

'Wawa janji Wawa tak buat lagi. Suha, Wawa minta maaf taw,' Suha mengangguk laju.
'Kita kawan,' aku ketawa .. 'Yaa kita Kawan'

.........................................................................................................................................................
 
Aku duduk bersimpuh sebelah Ibu lalu aku bacakan Yasin buatnya. 'Ya Allah, lindungilah Ibu. Panjangkan umur Ibu' aku menangis bagaikan budak kecil yang kehilangan Ibu. Tak ada segan, tak ada malu. Tenang sangat ini ketika aku menatap wajah Ibu, dibibirnya tidak lekang dek senyuman. Sentiasa memberi semangat agar aku sentiasa belajar tanpa kenal erti penat, aku ingat lagi pesanan Ibu 'Wawa, ilmu takkan datang pada kita kalau kita sendiri tak datang mencarinya'. Waktu itu aku hanya budak kecil yang berumur 8 tahun.

'Alhamdulillah Wawa, Ibu bangga dengan pencapaian Wawa,' lalu Ibu mencium pipi kiri dan kanan ku begitu juga Suha. Keputusan SPM baru sahaja keluar, aku berjaya mendapat 8A1B dan Suha mendapat 7A2B .. malam itu Ibu membuat doa selamat untuk kami berdua. Ya ! Nasuha sudah menjadi anak angkat Ibu dan kakak kepada ku. Mama Suha juga tidak keberatan membenarkan Suha tidur dirumah kami walaupun tidak sebesar rumahnya.
 
'Suha ! Suha sudah memberitahu Mama yang Ibu buat kenduri untuk Suha dan Wawa?' Suha mengangguk laju. Malam ini Suha ayu dan anggun memakai baju kurung berwarna kuning dikenakan tudung berwarna putih, aku pula baju kurung berwarna biru laut. Baju ini hadiah daripada Ibu untuk kami berdua.Telefon bimbit Suha berdering, aku dan Ibu berpandangan. Suha melarikan diri jauh sedikit dari kami berdua. Selepas 5 minit Suha datang dengan muka sedih. 

'Kenapa Suha?' lembut Ibu bertanya.
'Mama tak dapat datang, kena temankan Papa pergi Kota Kinabalu malam ni' mata Suha sudah berkaca, mana taknya orang yang paling penting dalam hidupnya tidak dapat hadir untuk kenduri doa selamat atas keputusan cemerlang yang diperoleh Suha. Ibu memeluk Suha, Suha mengelap air matanya lalu tersenyum manis. 

........................................................................................................................................................

Sebak dadaku tatkala ini, melihat Ibu masih lena di atas katil , wajah Ibu aku pandang sayu, Ibu begitu polos dalam tidur, wajahnya pucat tak berdarah. 'Ibu bangunlah Wawa rindu Ibu', aku menutup surah Yasin lalu ku letak di tepi meja. Suha mengetuk pintu perlahan, aku menoleh kearahnya.

'Wawa makan dulu, dari semalam kau tak makan apa-apa. Nanti kau sakit, aku juga yang susah' aku tersenyum namun hambar. Aku pandang Suha yang sibuk mengemas katil Ibu, Suha baru sahaja menamatkan pengajiannya di UM dan sekarang bergelar Dr.Nasuha Datuk Iskandar. Aku sebagai sahabat sangat bangga dengan pencapaiannya. 

'Aku keluar dulu, nanti ada apa-apa kau panggil aku dekat bawah' Suha menutup pintu, aku mengeluh perlahan. Mata aku sembab kerana terlalu banyak menangis, aku baring disebelah Ibu dan memeluknya erat.  'Ibu jangan tinggalkan Wawa'
........................................................................................................................................................

Kedengaran Ibu batuk teruk dari arah dapur, aku yang sedang menyiapkan asigment terhenti lalu bergerak ke dapur.

'Ibu, batuk tu teruk sangat. Nak Wawa bawa Ibu ke klinik ke??' Ibu mengurut dadanya perlahan. 
'Tak mengapa Wawa, batuk biasa saja ni. Wawa sambunglah buat kerja khusus tu ya' aku hanya mengangguk perlahan. Aku kembali semula menyiapkan kerja ku namun fikiran aku masih pada Ibu. Selesai membuat nota-nota ringkas untuk asigment, aku keluar membanu Ibu menyiapkan makan malam. Ibu sangat rajin, sebab itu aku sayang padanya. Ibu batuk lagi dan kali ni Ibu menutup mulutnya dengan tisu. Aku mengeleng lantas aku menyuruh Ibu berehat.

'Ibu rehatlah, biar Wawa yang siapkan makan malam ya' aku bersungguh-sungguh menyuruh Ibu berehat namun Ibu masih berada di dapur, dengan kedegilan aku akhirnya Ibu beralah. 

'Ibu solat dulu, nanti Ibu tolong Wawa ya' aku mengerutkan dahi.
'Ibu ni degilkan, Wawa nak Ibu berehat. Wawa dah besar, percayalah Wawa boleh buat semua ni' Ibu mengusap kepala ku. Aku tergamam, lantas menghantar Ibu ke biliknya. Selepas 15 minit kerja masak, mengemas dan mencuci siap. Aku masuk ke dalam bilik Ibu, alangkah terkejutnya aku melihat darah di telekung Ibu. Darah keluar dari hidung Ibu tanpa henti. Aku berlari mengambil tisu untuk Ibu, Ibu masih lagi tersenyum tetapi bukan aku.


‘Ibu jom lah pergi klinik’aku membantu Ibu membuka telekungnya lalu ku letak ke tepi. Ibu mengeleng perlahan, saat itu, air mata terasa mengalir di pipi. Basah. Aku memapah bahu Ibu dan perlahan-lahan membaringkan Ibu di atas katil. Darah dari hidung Ibu tak berhenti mengalir. Ya Allah, sayunya hatiku melihat Ibu ! Aku menjerit memanggil Suha, hanya Suha yang dapat membantu.

‘Wawa, Ibu sayang Wawa. Dah besar anak Ibu,’ Ibu cuba untuk bangun mencium pipiku namun pantas aku bergerak merapatkan pipi di bibirnya. Ibu mencium pipiku perlahan, sehangat kasih sayangnya pada aku. Deras air mataku mengalir ketika aku melihat Ibu.Pipi ku basah dengan darah Ibu.

‘Ibu. Jangan tinggalkan Wawa. Hanya Ibu saja harta paling berharga untuk Wawa,’aku selongkar almari Ibu mencari telefon bimbit untuk menghubungi Suha. Ibu terbatuk-batuk lagi dan darah keluar dari mulut Ibu. Tiada cara lain aku terus menghubungi pihak hospital.

Baju aku penuh dengan darah Ibu, tanpa suara. Hanya air mata, badan aku mengigil memikirkan Ibu. Dalam hati tidak putus-putus doakan ku buat Ibu. Suha berlari anak kearah ku. Matanya merah, aku berdiri lalu memeluk Suha.

‘Suha selamatkan Ibu, tolong aku Suha, aku merayu,’ aku menangis. Tidak lagi ditahan air mata ini. Suha juga menangis. Dr. Alvin keluar dari bilik rawatan Ibu.

‘Macam mana dengan Ibu saya ? Doktor ?,’ aku mengelap air mataku dengan belakang tangan. Keruh wajah Dr.Alvin mendebarkan hatiku. ‘Ibuu !!’.

‘Beginilah Cik Najwa, anda boleh memanggil keluarga yang lain untuk saat-saat terakhirnya, dia amat memerlukan anda semua, Kami sudah menolong setakat yang kami mampu’ bagai halilintar memelah jantungku. Berat hatiku menerima kenyataan yang menimpa Ibu.

Ibu disahkan menghidap barah otak 3 tahun lalu. Sekarang Ibu ditahap kritikal dan tak mampu berbuat apa-apa lagi. Hanya meluangkan masa bersama yang tersayang. Aku meraung sekuat hati, Suha cuba memenangkan aku. ‘Ya Allah Ibu, kenapa Ibu rahsiakan semua ini daripada pengetahuan Wawa’.

Aku menolak pintu bilik Ibu perlahan, Darah sudah berhenti, baju Ibu sudah berganti. Aku berusaha untuk tidak menangis di depan Ibu. Ketika aku mencium tangan Ibu, Ibu terjaga dari tidurnya.

‘Ibu, Wawa nak tidur dengan Ibu boleh,’ ketika aku kecil, aku selalu tidur dengan Ibu.Ibu ketawa perlahan kemudian Ibu batuk, aku mengurut dada Ibu dan memberi Ibu minum sedikit air untuk meredakan batuknya.

‘Ibu rehatlah, Wawa temankan Ibu sampai Ibu keluar hospital. Hmmp,’aku cepat-cepat mengelap air mata yang jatuh dari tubir mataku, dan sedaya upaya untuk tersenyum manis. Suha menjengukkan kepalanya melihat Ibu.

‘Suha, mari dekat Ibu,’ Suha terus mendapatkan Ibu dan mengucup dahi Ibu perlahan.Kami bersama Ibu sampai pukul 2 pagi.Ibu masih tidak mahu tidur.Pukul 3 pagi baru Ibu tidur.

‘Wawa, baju ganti untuk kau,’ Suha menghulurkan beg kertas berisi baju dan seluar.

‘Aku kena keluar ni, ada kerja sikit. Nanti apa-apa kau call aku,’ aku mengangguk perlahan dan menghantar Suha hanya melalui mata.Aku bergerak ke bilik air untuk menyalin pakaian.Selesai itu aku terus mengambil wuduk dan solat sunat.Perlahan-lahan mata aku berat dan akhirnya aku tertidur di tikar sejadah.

‘Wawa! Wawa!,’ Ibu memanggil aku perlahan, aku terus terjaga dan duduk memandang Ibu.

‘Ya Ibu,’ Ibu mengusap pipiku perlahan dan mengucup tanganku.Tersentuh dengan itu, air mata aku mengalir.

‘Wawa adalah harta Ibu yang tak ternilai, segala kasih dan sayang Ibu hanya pada anak-anak Ibu.Wawa dan Suha permata hati Ibu, Hidup Ibu hanya untuk kamu berdua, walaupun Suha bukan anak Ibu tapi kasih sayang Ibu sama rata,’ aku hanya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Ibu.

‘Ibu minta maaf Ibu tak mampu memberi kemewahan, Ibu hanya mampu memberi kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Wawa, kita orang susah. ‘Biar miskin harta, jangan miskin budi bahasa’.Aku mengangguk perlahan.

‘Ibu, Wawa yang patut minta maaf dengan Ibu andai pernah menyakitkan hati Ibu secara sengaja dan tidak sengaja.Terima kasih Ibu kerana mengajar Wawa untuk menjadi seorang manusia yang berjaya,’aku mengenggam erat tangan Ibu.

‘Ibu maafkan segalanya Wawa dan maafkan Ibu juga ya,’ aku baring di sebelah Ibu, aku mahu dakap Ibu puas-puas dan dalam hati tidak putus-putus doa buat Ibu.

Aku terjaga pagi itu ketika terdengar azan dari radio, aku turun dari katil perlahan-lahan, kemudian aku mengejut Ibu untuk menunaikan solat Subuh bersama-sama ku, Ibu diam tak terkutik.Bibirnya yang pucat, badan Ibu yang sejuk mencemaskan aku.Aku periksa nadi dan nafas Ibu, tiada denyutan nadi. Aku keluar dan menjerit memanggil nurse yang bertugas. Aku diarahkan untuk tunggu diluar bilik Ibu, aku duduk di kerusi menantikan Suha.

10 minit kemudian, Dr.Alvin mengeleng kecewa.Suha dan aku cemas menunggu.

‘Maafkan saya Cik Najwa, Ibu anda sudah meninggal dunia.Tuhan lebih sayangkan dia,’ terasa lemah kaki ku untuk berdiri tegak, aku terduduk di lantai.Air mata mengalir dengan sendirinya tanpa dipaksa.‘Kenapa Ibu tinggalkan Wawa?’ aku menekup muka ku dan meraung-raung memanggil Ibu.Suha memeluk aku agar bertenang.Suha juga menangis sambil memujuk aku.

‘Saya harap Cik Najwa bersabar, cik boleh berjumpa dengan Ibu cik didalam,’ aku mengelap air mata yang mengalir, sungguh terasa kesedihannya.Aku masuk menuju ke katil Ibu, Selimut putih menutup seluruh tubuh Ibu.Aku membukanya perlahan untuk menatap wajah Ibu buat kali terakhir, Aku memeluk Ibu erat dan mencium pipi dan dahi Ibu sepuas-puasnya, Suha juga begitu.

………………………………………………………………………………………
Sudah 5 tahun Ibu meninggalkan diriku, hati aku masih sayu, pedih jiwaku menanggung rindu. Ya Allah berikan ketabahan pada hamba-Mu ini untuk melalui segala dugaan-Mu dandoa aku agar Ibu bersama dengan orang-orang yang Beriman.

‘Ibu, Suha selamat melahirkan anak yang kedua dan Suha kirim salam pada Ibu,’ aku tersenyum, terasa seperti masih di alam mimpi ngeri yang berlegar di sepanjang lena. Aku menabur bunga di atas kubur Ibu, selesai membaca doa. Aku bangun dan mengulung tikar duduk ku.

‘Ibu, Wawa balik dulu.Nanti Wawa datang lagi jumpa Ibu,’ aku menahan sebak, betapa aku merindui Ibu.

‘Assalamualaikum,’aku berjalan perlahan-lahan meninggalkan Ibu.

This cerpen for my Queen of heart NazhatulFizar Bt Zainuddin .. I LOVE YOU IBU.